
Sulit
5 tahun
Period selepas pengambilan Postinor 2
Hai dr. Saya ada mengambil pil postinor 2 pada 22hb, tarikh sepatutnya saya period ialah pada 25hb, tetapi period saya tak datang pada 25hb. Pada 28hb ade darah keluar tetapi darah yang keluar agak sedikit, tidak seperti period saya kebiasannya. Adakah itu darah period atau lain-lain? Adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haid yang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, jika haid anda datang dalam tempoh 38 hari, dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari, ia masih boleh dianggap normal.
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.