naimchie89
5 tahun
Period seminggu x datang
Saya nak tanya sy dh lewat period seminggu tapi sy check upt 2 kali negatif. Ini pertama kali jd lepas 2 tahun perkahwinan sy. Adakah sy perlu ke hospital untuk scan atau macam mana. Terima kasih doktor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























