Sulit
5 tahun
Period semula setelah tidak period selama 2 tahun
Isteri saya berusia 53 thn. Beliau telah berhenti period sejak 2 thn lepas. Secara tiba2 beliau period semula semlm(5 Disember 2020). Adakah ini tanda2 sebarang penyakit kanser servik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kerisauan yang anda sedang hadapi terhadap isteri anda. Untuk makluman anda, kami memerlukan lebih banyak informasi mengenai isteri anda sama ada beliau sudah mencapai menopaus ataupun tidak. Pendarahan semula setelah menopaus adalah suatu perkara yang perlu diambil berat kerana ia mungkin berkait dengan kanser rahim atau serviks.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda membawa isteri anda untuk berjumpa dengan doktor supaya siasatan lanjut dapat dibuat untuk mengetahui puncanya.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































