
Sulit
5 tahun
Period seperti tidak teratur dan terganggu
Hi dr, saya berusia 24 tahun dan ingin bertanya tentang masalah kesihatan saya. Saya mendapati saya datang bulan pada bulan ini sedikit tidak normal seperti selalu . Selalunya 6-7 hari tetapi kalini hampir 14 hari dan darah haid yang keluar jugak selepas pada 5 hari itu sedikit dan berhenti selama 2 hari dan sambung hari yang ke 8 berterusan . Saya agak bimbang adakah ia normal ataupum tidak? Apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk menjawab soalan anda, perkara yang anda alami tidak normal. Masalah haid yang tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.