
Sulit
4 tahun
Period sikit dan sehari sahaja
Saya wanita yang berkawin berumur 23 … saya baru makan pil perancang yasmin , selepas habis je makan sy stop sekejap dalam 2 atau 3 hari… tp sy tak pasti period atau tak sbb datang sehari saja dan sikit tak penuh satu pad …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan tentang soalan Puan. Saya fahami kebimbangan yang Puan alami tentang kesan pengambilan pil perancang Yasmin.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik.
Untuk makluman Puan, pil perancang Yasmin atau dikenali juga sebagai Drospirenone digunakan sebagai salah satu pil perancang. Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku sekiranya anda mengambil pil Yasmin. Antaranya :
- Loya
- Muntah muntah
- Sakit kepala
- Kembung perut
- Sakit pada bahagian payu dara
- Pendarahan di antara haid
- Haid tidak teratur
Biasanya kesan sampingan ini berlaku pada bulan pertama dan kedua pengambilan pil. Namun sekiranya simptom ini berpanjangan atau haid anda tidak datang selama dua kitaran, anda dinasihatkan untuk berkunjung ke Hospital atau Klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh berhubung dnegan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara peribadi di atas talian bersama pakar. Terima kasih.