
Sulit
3 tahun
Period tak datang 3bulan
Period tak datang 3bulan check pregnant test negatif selalu sakit ari2 dah jumpa doktor cakap tak ada apa kenapa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
1, Usia
2. Berat badan terlalu rendah
3. Tekanan emosi atau stress
4. Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
5. Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
6. Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan