Sulit
2 tahun
Period tak datang 5 bulan
Anak remaja saya yang berumur 13 tahun telah mula datang haid pada umur 12 tahun…Tapi sejak mei 2021 sehingga sekarang@5 bln beliau tidak datang haid.
Perlu ke saya bawa beliau ke klinik@hospital untuk mendapatkan rawatan?
Beliau agak murung kebelekangan ini dan sering menangis secara tiba2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, kami memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah period tidak datang selama 5 bulan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Masalah gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Oleh itu, saya menyarankan supaya anda merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.