Sulit
5 tahun
Period tak datang after consume sunolut
Hi doc, saya wanita berumur 25 tahun, masih single. Last week 25/12 saya ada consume pil untuk delay period (sunolut) for 3 days. Period saya akan datang 27/12. Saya stop consume on 27/12. Pada 29/12 saya mengambil morning pil. Saya beli sunolut dekat farmasi and that person cakap period akan datang selepas 3 hari stop consume ubat. Today 2/1 my period still tak datang lagi. I really need your explanation.
Thank you so much doctor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Masalah ini boleh berpunca daripada pengambilan ubat dan juga daripada masalah lain/ Punca lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini ialah:
- Kehamilan
- Umur. Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet. Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan. Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Anda dinasihatkan agar:
- Kurangkan berat badan
- Rujuk doktor jika ambil pil perancang
- Amalkan hidup dan pemakanan sihat
- Rujuk doktor jika mengalami masalah jerawat atau rambut pada wajah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























