
eqien
4 tahun
Period tak datang ..bolehkan makan ubat sunolut?
sya lewat period 5 hari pg tadi cek upt -ve… skrg ni boleh ke sya mkan ubat lancar period (sonilut) ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah perut yang tidak selesa boleh berkaitan dengan masalah haid anda atau berpunca daripada masalah perut anda. Antara punca haid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kehamilan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tidak dinafikan bahawa Sunolut adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat amenorrhea, perdarahan rahim abnormal, dan endometriosis. Namun, pihak perubatan perlu untuk memastikan bahawa masalah anda bukanlah berpunca daripada masalah lain agar rawatan sesuai dapat diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih