
Sulit
3 tahun
Period tak datang selepas postinor2, UPT 3 kali negatif. Nak makan folic acid tapi tak plan nak mengandung cuma nak teraturkan period
Saya wanita 22 tahun : Saya ada berhubungan intim pada bulan April dan telah consume Postinor2 sebanyak dua biji sekaligus. Period bulan April telah datang dan hari terakhirnya adalah pada 13 April 2021.
Kemudian, period saya untuk bulan Mei masih belum datang. Saya sudah membuat UPT test sebanyak 3 kali selama 5 hari berturut, keputusannya adalah negatif. Pada 15-16 Mei 2021 yang lalu, saya ada berhubungan intim lagi dan telah mengambil postinor2 lagi sekali dengan cara yang sama— dua biji sekaligus selepas 12 jam bersama. Period saya masih belum datang pada 18 Mei 2021. Tetapi payudara saya sakit dan berasa sedikit tegang.
Jika saya ingin consume folic acid boleh ke untuk aturkan kitaran haid? Saya perlu tunggu period saya datang dulu ke? Folic acid boleh dimakan masa period? Adakah period akan datang seperti biasa selama makan folic acid jika tidak mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lewat. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kehamilan
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda telah mengambil pil perancang kecemasan setelah berhubungan intim, nada akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Pengambilan folic acid adalah penting untuk tujuan kehamilan, dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala). Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita. Bagaimanapun, ianya bukanlah rawatan untuk haid yang lewat atau menurunkan darah, secara khususnya.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu,sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang anda perlukan. Terima kasih