
Sulit
4 tahun
Period tak keluar Saya risau Dan Rasa tidak normal..merancang until mendapatankan zuriat
Start 10/09/2020 makan Ravines sehari 4 biji … 2 pagi 2 Malam … beberapa Hari stop makan tapi period Saya Masih tidak keluar ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur merupakan perkara yang biasa dialami oleh 50% segolongan wanita yang sihat. Menurut situasi anda, pengambilan pil kesuburan boleh menyebabkan beberap kesan sampingan iaitu:
- Perubahan emosi seperti kegelisahan dan kemurungan
- Muntah, loya dan sakit kepala
- Sakit payudara
- Ovari yang terlalu aktif
- Kehamilan lebih daripada satu
- Meningkatkan risiko untuk keguguran kehamilan.
Kemungkinan masalah haid yang tidak datang selama sebulan boleh disebabkan oleh gangguan yang berlaku pada ovari anda yang berpunca daripada penggunaan ubat tersebut, ataupun ia juga boleh disebabkan oleh kehamilan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengambil ujian kehamilan menggunakan air kencing (UPT) yang boleh didapati di farmasi yang berdekatan untuk mendapatkan keputusan kehamilan dengan kadar segera.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika masalah ini berlarutan, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai penggunaan ubat ini serta mengenalpasti masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat bagi mencegah komplikasi yang boleh dihadapi melalui penggunaan ubat ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.