
Sulit
5 tahun
Period tak normal secara tiba-tiba
Hi, sy berumur 33thn,dan telah berkahwin. Soalan sy bagaimana nak tahu darah period sy sudah habis
Waktu period sy agak teratur, tapi tiba-tiba bulan March period tak dtng, sy telah buat upt 2x, tp result adalah negative… Selepas 34hari period sy dtng semula tp sekarang sudah 10hari masih ada… Ia tidak mengalir tp bila sy tekap dgn tisu masih ada warna coklat pada tisu tersebut… Normally period sy hanya 4 ari shj… Sy mmg ada buat record di apps bila sy akan dtng period… Disebabkan ini pertama kali berlaku, jadi sy risau… Boleh bg pandangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Memandangkan ini kali pertama anda mengalami masalah seperti ini, saya sarankan untuk anda mengawasi dahulu masalaha anda ini. Selin itu, untuk mengetahui darah period anda habis, adalah menunggu sehingga anda kering atau lendir yang keluar dari kemaluan berwarna jernih atau keputihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.