
Anonymous
5 tahun
Period tak on time upt stil negative
Hai doc…Macam mna ya sy xpernah ada masalah lewat period selalu mmg on time je period,Sekarang sy dha 75 hari x period…test upt ngtv pulak…Apa punya masalah sy doc…Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid lewat termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.