
ainkhalilah123
5 tahun
Period tak stop stop
Saya 19 tahun dan ada amik pill hormon estelle 35 for acne problem. Tapi lepas saya amik pill tu, period saya tak stop lg sampai harini. Dah 12 hari. Selalunya hanya 4-7 hari je. Darah warna gelap dan hanya keluar sedikit sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda boleh menjangkakan perdarahan vagina abnormal ataupun spotting pada 1 hingga 2 bulan pertama setelah penggunaan Estelle-35. Akan tetapi, sekiranya perdarahan terlampau banyak, anda mempunyai gejala tambahan seperti lemah ataupun sakit, atau terjadi pada bulan ketiga dan keatas pengambilan Estlle-35, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.