
Sulit
3 tahun
Period tak teratur datang haid pun sikit²
Last period sy hujung bulan 4 hritu, dan pertengahan blan 5 sy ade bt hubungan sulit dgn bf sy dlm tempoh tu sy ade mkn sunolut dan hrini bile cek pregnancy sy positif tp line kdua samar² apa patut sy bhnti mkn sunolut? Lgpn kmi tk brkawin lg… maaf jika soalan ini mengundang kemarahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat dan ujian kehamilan positif. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hamil
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini serta melakukan ujian kehamilan di pusat kesihatan untuk mendapatkan keputusan yang tepat dan sahih.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi