
Sulit
4 tahun
Period tapi lepas 3 hari keluar darah
Saya wanita berkahwin 20an, pada 26/3 saya period dan habis pada 2/4, tetapi, pada petang 6/4 ada darah keluar, darah warna merah macam darah luka. esoknya (7/4) & harini (8/4) keluar darah warna coklat dalam beberapa tompok, saya turut mengalami gejala mual & loya serta muntah setiap pagi, tapi bila check upt hasilnya negatif. saya telah rujuk dengan klinik swasta, tapi doctor cuma berikan saya ubat tahan muntah sahaja. saya rasa pelik dengan badan saya. nak kata mengandung, negatif lepas tu period, hm apa yang tak kena ye doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar darah 3 hari setelah tempoh haid ataupun haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berkenaan gejala loya dan muntah setiap pagi, kami memerlukan maklumat lanjut tentang perkara ini. Ujian kehamilan juga memerlukan pemeriksaan susulan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!