
Sulit
5 tahun
Period tiada selama 2bulan
Hello doc,sya wanita berumur 27thn…sya suda 2bulan tidak datang haid. Masalahnya,saya sudah cek UPT tp negatif jg,adakah ini mgkin d sebabkan faktor hormon atau ubat-ubatan,sbb masa ini sya masi dlm rawatan utk pulihkan Gastritis dan masalah telinga,ada bbrapa jnis ubat yg sya consume.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Mengenai ubat gastritis pula, ia jarang menyebabkan ganguan pada hormon dan ubat telinga anda pula berkmungkinan menyebabkan masalah haid anda namun ia adalah jarang juga berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.