
Anonymous
5 tahun
Period tidak datang lagi
isteri saya tidak period lagi pada waktu sekarang dan waktu terakhir dia period pada 17/6 dan sampai sekarang dia masih tidak period tapi isteri saya tidak hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kelewatan haid boleh disebabkan:
- Kehamilan - ujian UPT mungkin tidak dapat mengesan hormon yang sedikit sangat
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, isteri anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Isteri anda boleh berjumpa dengan doktor ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.