
Anonymous
5 tahun
Period tidak datang pada tarikh spatotnya
Doktr, sy ingin btya… Sy sdh bkwin… Dh slpas bln 6 taon lpas slpas mlhrkn ank. Sy ambl pil prancg… Sblm ni priod sy tratur… Tiap2 bln dtg… Tpi since bln 5 sy tidak mkn prancg lagi smpai skg… Jd dr bulan 5 priod sy tdk dtg…adkh sy blh hamil atau sbb lain

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, haid yang tidak teratur boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan pil perancang
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Jika anda melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan, anda masih boleh berpeluang untuk mengandung walaupun haid masih belum datang lagi namun risikonya sangat rendah. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.