
Sulit
4 tahun
Period Tidak Datang Selama Satu Bulan
Saya wanita 22 thun ini pertama kali sy tidak datang period selama sebulan … Apakah yang perlu sy lakukan? Sy dh pergi klinik dia bg ubat turun period tapi tidak nmpk apa2 hasil lagii…dan sy juga ada jerawat tumbuh di kawasan dagu pada hari sepatutnya sy period pada hujung bulan 3 hritu smpai skrg period tk dtg seperti selalu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan pasangan anda mengalami masalah haid tidak teratur atau tidak datang haid, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat dan supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terhadap anda untuk mencari punca bagi masalah yang dihadapi dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Pasangan anda untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda dan pasangan. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.