Sulit
5 tahun
Period tidak lancar dan berlarutan
saya mengalami haid yang sedikit dan berlarutan hingga 2 bulan. haid bermula pada 12 mac pada mula haid sedikit. pernah hanya pada waktu malam ada 2 titik tp berwarna coklat. tapi setiap hari akan ada keluar sehingga pada 23 april period menjadi banyak dan berketul berwana kemerah merahan. sehingga kini sudah hari ke 6 period yg byk telah keluar. adakah normal doktor? saya mmg mengalami gangguan haid semenjak bangku sekolah lagi ketika berumur 13 tahun hingga kini 26 tahun dan telah berkahwin tp belum mendapat rezeki zuriat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal.
Saya dapati pada mulanya anda mengalami masalah spotting (keluar cecair coklat) untuk tempoh masa yang lama. Masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluat cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekarang anda mengalami masalah haid berlebihan. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan penjelasan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat diagnosis. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


























