
Sulit
4 tahun
Period tidak menentu dan berpanjangan
Saya berumur 22 tahun dan tidak berkahwin lagi. Saya ada masalah dengan period saya kerana period saya datang tidak menentu dan berpanjangan. Contohnya, pada 20/3 haritu saya dah period dan saya kembali period semula pada 5/4 hingga sekarang. Darah keluar sedikit dan sekarang ia mula keluarkan keputihan tetapi keputihan tu ada darah sikit. Boleh saya tahu kenapa ye dan adakah normal ? Apa perlu saya lakukan ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid tidak teratur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!