
Sulit
4 tahun
Period tidak menentu . Dua minggu tidak datang period
Salam sejahtera dr . Period saya tidak datang 2 minggu . Last datang bulan lepas pada 24hb . Kebiasaanya, period datang pada tarikh yang sama . Saya ada scan pregnant . Tidak nampak ada tanda-beranak.tetapi kalau buat pregnant test (hcg) result samar-samar. Adakah kebarangkalian untuk saya hamil tinggi ? Dan Boleh saya tahu, kenapa tidak datang period, sampai sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid tidak datang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, haid lewat atau tidak datang boleh disebabkan oleh mengandung, tetapi masih ada sebab sebab lain perkara ini berlaku seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh ulangi ujian kehamilan sekiranya haid tidak datang selama sebulan, hal ini kerana kemungkinan hormon terlalu rendah untuk mengatakan anda hamil sekarang.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!