
syura.hisham83
4 tahun
Period tidak teratur ataupun hormon bertukar?
Salam Sejahtera Doctor,
Hampir 4 bulan period saya jadi tidak teratur. Untuk hari pertama,darah merah keluar hanya sedikit.Masuk hari kedua smpi hari ketiga kadang2 hari ke empat darah sedikit masih sama.Saya hanya guna panty liner.Masuk hari kelima baru darah saya keluar seperti biasa smpi hari ketujuh atau kelapan.Kitaran haid saya sebelum ni dalam 4-5 hari sahaja.Persoalan saya sekarang,adakah period saya tidak stabil ataupun hormon saya bertukar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, sebelum anda merasakan haid anda tidak teratur, sebaiknya anda kenali dahulu corak kitaran haid yang dianggap teratur.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24 hingga 38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Hal ini bermaksud kitaran haid dapat dikatakan tidak teratur apabila haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari atau berlangsung kurang 2 hari atau berlangsung selama lebih 8 hari.
Merujuk kepada keluhan anda, didapatkan bahawa haid anda berlangsung selama 8 hari. Merujuk kepada kitaran, anda tidak jelaskan, justeru, sukar untuk ditentukan apakah kitaran haid anda boleh dianggap normal.
Kuantiti haid yang normal adalah apabila tuala wanita perlu digantikan setiap 3 hingga 4 jam. Haid overflow ataupun berlebihan pula adalah apabila tuala wanita ( pad ) yang anda pakai perlu digantikan setiap 1 jam.
Sekiranya corak haid tidak teratur seperti keterangan diatas, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagi mendapatkan keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.