
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan ingin mengetahui peluang untuk mengandung adakah tipis atau sebalik nya
Saya berumur 25tahun… dan sya ada masalah period yg tidak teratur. Last period sy adalah bulan januari. Dan stelah lama menunggu baru kemarin sya period. Adakah dengan bgini peluang mengandung sya itu sngat tipis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk menjawab persoalan anda mengenai peluan untuk anda hamil, punca kepada masalah haid tidak teratur anda haruslah diketahui dahulu. Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah ini. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Secara amnya, keberangkalian untuk anda hamil masih ada. Peluang untuk hamil sangat berkaitan rapat dengan ovulasi di mana masa seorang wanita paling subur dan mempunyai peluang paling tinggi untuk hamil. Cuma, wanita dengan masalah haid tidak teratu ini berovulasi tidak mengikut jadual biasa yang boleh diramalkan. Hal ini menyukarkan mereka untuk mengira hari subur yang membantu meningkatkan lagi peluang untuk hamil dengan melakukan hubungan intim pada waktu subur. Anda juga boleh membuat janji temu dalam talian dengan doktor pakar wanita di hospital swasta dengan mudah melalui link ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sekiranya anda sudah lama mencuba untuk mengandung dan masih gagal anda mungkin akan dirujuk ke pakar sakit puan bagi mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut bagi masalah haid serta cubaan untuk mengandung.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.