
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur dan lewat sebulan. Umur 19tahun
Last saya period pada januari dalam 13hari (27/1-8/2) kira baru habis betul period saya. Tetap pada akhir februari saya period lagi dalam 7hari (28/2-5/3) dan sehingga sekarang saya tidak period. Saya mengaku berat badan saya obesiti. Tetapi pada bulan februari saya ada mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan makan mungkin disebabkan itu saya period 28/2 (date sepatutnya saya period selalu) dan selepas itu saya tidak lagi mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan makan saya. Rasa sakit pinggang macam selalu nkperiod tu ada cuma darah je tak keluar. patut ke saya mengambil ubat kerana saya selalu mengalami masalah sebegini. Adakah disebabkan itu saya tidak period doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
Umur yang muda. Badan anda masih dalam proses mengolah kitaran haid agar lebih teratur.
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.