
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan lewat
hai doktor, saya berumur 23 tahun dan masih bujang. kali terakhir saya period pada bulan 8 dan hampir 2 minggu tapi sebelum itu, period saya tidak teratur yang kadang kala datang setiap 2 bulan sekali tetapi 13 hari atau 14 hari dan kini period saya tidak datang 4 bulan… saya sudah rujuk doktor tetapi doktor menasihatkan agar tidak mengambil pil perancang untuk melancarkan period. apa yang perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Buat masa ini saya sarankan anda untuk:
- bertemu dengan doktor pakar sakit puan agar penilaian yang lebih teliti boleh dilakukan
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu gangguan kestabilan hormon seperti
- stres mahupun gejala psikiatri yang lain
- berat badan yang tidak ideal
- pil kontraseptif atau ubat-ubatan yang tidak mendapat preskripsi doktor
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!