
Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur dan vagina berbau
slm sejahtera… sy rizah berumur 31 tahun sudah berkahwin anak 3 orang, berat 52kg tinggi 153cm. sejak 2017 sehingga la sekarang period saya tidak teratur.
bulan 7 thun 2017 saya berhenti makan pil perancang ketika makan pil perancang period saya pun tidak menentu. Pernah dalam 1 bulan darah haid saya keluar sebanyak 4 kali, sampai lah sekarang darah haid lama hendak berhenti dlm masa 15hari kadang2 lebih…selepas berhenti darah haid 15hari dalam masa 5 hari atau seminggu berhenti darah tersebut keluar lagi kuantiti darah tidak banyak hanya sedikit sahaja ada masa tiada dalam pad, tetapi bila saya cek dengan tisu di vagina darah tersebut ada… saya sudah jumpa doktor berkenaan dengan ini, pertama doktor bagi ubat menghentikan darah… Kali kedua jumpa doktor doktor cadangkan makan pil perancang dalam masa 3bulan dalam masa 2bulan darah haid saya teratur ke 3bulan saya makan pil perancang darah haid saya tidak menentu semula… Kali ketiga saya jumpa doktor darah haid akan kembali normal sedia kala dengan sendiri kata doktor sehingga sekarang haid saya masih lagi tidak normal malah vagina saya sekarang berbau yang kurang menyenangkan apatah lagi jika bersama dengan suami… apabila saya period juga berbau… doktor rasa, apa masalah saya sebenarnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan-keluhan yang dialami boleh jadi merupakan petanda beberapa kondisi antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.