
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur demam pening kepala muntah
saya wanita berumur 18 tahun,saya datang haid bulan 1 pada 24/1 sehinggq 30/1akan tetapi bulan 2 saya tidak datang haid,bulan 3 pulak saya datang haid pada 2/3 sehingga8/3.akan tetapi pada 26-hingga30/3 saya datang haid tetapi haid saya berwarna koko sedikit sahaja ,pada 19/3-22/3 saya mengalami demam panas ,batuk ,pening kepala,sengal badan dan muntah .adakah ini normal atau mengandung

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.