
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur hampir dua bulan tidak keluar
hi, saya berumur 21 tahun dan tidak pernah mengalami period pain yang dasyat dan untuk pengetwhuan period saya tidak teratur. dua bulan yang lepas saya period dan pada first and sec day period darah saya keluar banyak and berketul dan saya mengalami period pain yang sangat menyakitkan sehingga tidak mampu bangun untuk buat apa apa. kemudian hari seterusnya, period saya kembali normal. pada bulan seterusnya, saya tidak datang period selama dua bulan dan masih menunggu. terima kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal dan terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkannya. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.