
ieyra.zul91
5 tahun
Period tidak teratur selepas kahwin
Umur saya 28 tahun. Sudah berkahwin pada Januari 2019. Masalah saya selepas kahwin adalah period saya tidak teratur. Saya baru mula makan folic acid pada 1 Julai 2019 kerana usaha untuk mendapatkan anak. Pada April 2019, period saya datang lambat 16 hari. Tetapi tidak hamil. Kemudian period Jun 2019, cepat 7 hari, dan period Julai 2019 cepat 14 hari. Apa patut saya lakukan? Berat badan saya 55KG, tinggi 159cm.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa faktor kepada haid yang tidak teratur antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya anda tidak bercadang untuk hamil, anda boleh mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Penjagaan berat badan
- Kawalan diabetes
- Pengambilan pil hormon
- Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat
Sekiranya masalah ini berlanjutan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.