
fazirah.abdulaziz
5 tahun
Period tidakberhenti
hai dr , sy wanita berusia 25thn
baru baru ni 2bulan yang lepas punya period sehingga bulan ni period sy melebihi dr selalu sehingga 16hari kemudian sy pergi farmasi dan beliau bg sy ubat stop period sy makan kemudian berhenti lepas tusy stop makan dia sambung semula sy tak faham apa yg berlaku mslah sy dr

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,perdarahan haid berpanjangan untuk 16 hari adalah tidak normal. Perdarahan haid yang berpanjangan atau menorrhagia biasanya didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebih 7 hari, 80 ml atau kedua-duanya sekali. Punca-punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid berpanjangan pula termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Orang yang mengalami anaemia sering mengalami tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.