Sulit
5 tahun
Period x berhenti lebih 3 bulan
Saya berumur 25 tahun. Berat saya lebih 90kg. Period saya datang tak tentu dan sekarang period tak henti lebih 3 bulan. Dulu pernah sekali tapi saya berjumpa doktor dan dapat pil untuk bhentikan darah…selepas tu darah terus tak teratur keluar…kadang lebih 2 bulan tak keluar. Boleh doktor bgi saranan kepada saya ape perlu saya buat?. Dan sekarang kadang2 kepala saya rasa pening dan rasa penat.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami faham anda telah memakan ubat dari doktor dan masalah ini masih berlarutan.
Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor am yang terdiri daripada sebab-sebab haid yang tidak teratur seperti:
- Senaman yang berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Obesiti
- Berat badan terlalu ringan
- Pemakanan yang tidak sihat dan kurang khasiat penting
- Kurang rehat atau tidur
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit dalaman seperti masalah pendarahan, kecederaan, jangkitan kuman, ketumbuhan jinak dan juga masalah tiroid.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

































