
Sulit
4 tahun
Period yang aneh bulan lalu, lendir coklat selama 4 minggu berserta lendir merah yang tidak kosisten kadang ada kadang takde. Nak tahu sebab jadi begitu. Tiada rasa sakit dibahagian vagina
Saya wanita berusia 21 tahun, belum berkahwin, dan tidak pernah melakukan hubungan intim. Pada bulan lalu haid saya sedikit lewat dan aneh iaitu pada awalnya coklat yang keluar dan itu terjadi selama seminggu dan tidak kosisten. Kadang malam tiada kesan coklat dan siang pula ada. Selepas seminggu darah haid muncul tapi tidak kosisten dan sedikit. Selepas darah haid tidak keluar, coklat sekali lagi keluar dan tidak kosisten. Keputihan juga kadangkala menjadi coklat jika bergerak aktif dan berbau. Ketika buang air kecil lendir coklat kadang keluar dan kadang diikuti dengan lendir merah. Saya menjadi takut dan keliru. Lendir coklat itu keluar sudah hampir 4 minggu. Sekarang Saya sedang mengalami symptom sebelum haid iaitu sakit belakang, diarrhea, kadang kala nausea dan acne. Saya inginkan penerangan berkaitan masalah saya ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar lendir berwarna coklat selama 4 minggu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kondisi kesihatan yang memungkinkan dan menjadi penyebab bagi masalah ini. Antaranya ialah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan coklat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!