
Anonymous
5 tahun
Period yang banyak dan tidak berhenti
Saya berumur 35 tahun dan mempunyai anak 2 orang…anak paling last berumur 16 tahun.Saya pernah keguguran 2 kali selepas anak kedua.Saya sudah bercerai dengan suami pada tahun 2010 dan pada tahun 2016 saya khawin lgi.sekarang saya merancang untuk dapatkan anak tapi belum sampai rezeki.di awal perkhawinan dgn suami kedua sy pernah keluar darah yg banyak sangat dan ada ketulan yang besar keluar, dari masa itu kitaran haid saya tidak teratur dan pada april tahun ni haid saya keluar terlalu banyak dan tidak berhenti ia akan berhenti bila saya makan ubat dari dokter selepas 1 minggu berhenti ia akan keluar balik dengan kuantiti yang banyak dan dengan ketulan yang besar.saya telah berjumpa dengan dokter untuk yg kedua kali dan dokter buat cakap akan buat temujanji dengan pakar puan dan datang balik ke hospital selepas 2 bulan.dalam masa 2 bulan saya kena buat jadual kitaran haid saya dan berapa pada yang saya pakai dalam 1 hari.selepas 3 hari makan ubat period saya tak keluar lagi…tapi masalah yg saya hadapi sekarang selalu sakit pinggang sampai suatu masa saya susah untuk berdiri dan selalu merasa pening kepala serta mual…Saya nak tanya adakah ini menandakan saya ada kanser rahim atau fibroid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, haid puan berkemungkinan berlebihan dan terdapat beberapa punca yang dapat dikenalpasti sebagai penyebab masalah ini. Antaranya ialah
- fibroid
- adenomyosis
- simptom kanser pangkal rahim atau kanser rahim
Anda merasa pening dan mual mungkin diseababkan hilang darah banyak melalui haid. Kanser lazimnya datang dengan simptom seperti hilang berat badan mendadak dan hilang selera makan.
Untuk mengetahui diagnosis sebenar dengan lebih tepat, ianya memerlukan pemeriksaan fizikal, ujian makmal seperti colposcopy dan pengambilan sampel tisu yang bakal dijalankan oleh pakar sakit puan anda.
Terima kasih