
Sulit
5 tahun
Period yang banyak selepas ambil suntikan perancang keluarga
Saya baru 3 bulan bersalin ,saya ada ambil perancang keluarga melalui suntikan dan sekarang saya mengalami period tapi pada hari pertama datang darah saya hanya sedikit keluar tapi dari hari ketiga hingga sekarang hari ke tujuh .darah period saya masih banyak . jadi saya nak tanya doktor adakah normal period saya jadi macam tu selepas ambil suntikan tersebut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan suntikan prancang kehamilan adalah gangguan terhadap kitaran haid seperti haid tidak teratur, spotting, haid sedikit, tidak datang haid atau haid berlebihan. Justeru, ini adalah kesan sampingan yang dijangka. Sekiranya gejala-gejala ini mengganggu anda, sila rujuk kembali kepada doktor anda untuk kaedah perancangan lain yang lebih sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.