
lyanaleo
5 tahun
Period yang berlarutan
Saya wanita berusia 27 tahun… Pernah berkahwin tapi sudah lama berpisah… Masalah yang saya hadapi adalah darah period saya keluar dalam tempoh yang agak lama… Bermula pada bulan lepas hingga ke bulan ini darah period saya tidak berhenti… Sudah hampir 2 bulan… Tapi saya tidak mengalami apa2 kesakitan sepanjang period… Tidak lagi merasakan senggugut… Saya pernah ke klinik untuk buat ujian… Darah saya diambil dan saya melakukan ujian scan… Semuanya normal dan tiada masalah… Adakah saya menghidapi kanser doc?? Apa yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah ini atau sama ada anda menghidap kanser walaupun ia sangat jarang berlaku, maklumat lanjut,pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.