
Sulit
5 tahun
Period yang berpanjangan dan berketul-ketul
Saya berumur 33tahun dh berkahwin dgn 2 org ank. Masalah saya saya mengalami masalah period yg berpanjangan dan berketul2. Sblm ni saya 3 bulan xdtg haid… selepas tu saya dtg haid dlm jangka masa sebulan…darah byk n berketul2. Saya dah pergi ke klinik dan doc bg ubat utk stop kan drh. Bila scan xde ape2 masalh dan saya jg x mengandung. Lepas mkn ubat bhnti darah tu… die stop utk 10 hari shja. Now saya period blk dgn kuantiti yg byk dn berketul2. Hari ni dah hari yg ke 13 saya dtg haid. Dan flow darah byk dan berketul… saya harap dpt penjelasan dr doc mengenai masalah saya.
*** utk pengetahuan doc bila darah haid yg byk ni…saya mengalami sakit kepala yg sngat kerap***

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid yang berpanjang dapat menyebabkan anda kehilangan banyak darah sehingga menimbulkan gejala seperti sakit kepala. Haid berpanjangan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.