
Anonymous
5 tahun
Period yang lama melebihi 13hari dan sy seorang TTC
Saya Wanita berusia 33tahun dan sy dan suami sedang TTC. Tp setelah gugur Dan mengalami proses D&C bulan November lepas, period sy teratur dari segi tarikh datang bulan, tapi masalah untuk haid berhenti sgt lambat, pd hujung2 akan spotting tapi warna masih merah bercampur air. Dan berlanjutan hingga 13-15 hari. Dan ia menggangu tarikh ovulasi sy. (Biasanya hari ke 14) dan sy juga tlh consume asid folic. Boleh doctor Bantu dan terangkan apa yg dialami Oleh sy ? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.