
Anonymous
5 tahun
Period yang lama PCOS
Darah period keluar tanpa henti selama hampir 60 hari… tp tak keluar banyak… sikit2 tapi berpanjangan… skrg doc sahkan saya ada pcos dan bg ubat marvelon… sampai sekarang darah belum berhenti… apa yang harus sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid berpanjangan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Memandangkan anda telah didiagnosis dan telah memulakan pengubatan, sebaiknya anda berkunjung ulang ke doktor anda untuk membincangkan efek ubat tersebut kepada anda. Seandainya ubat yang diberikan tidak bersesuaian, doktor anda akan menggantikan ubat tersebut kepada ubat lain yang lebih bersesuaian.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.