
Sulit
5 tahun
Period yang tidak teratur dan berpanjangan
Saya 19 tahun, selalunya period saya teratur tetapi sekarang period saya lama dan berpanjangan. Boleh saya tau cara untuk membuat appointment dengan doktor pakar sakit puan kerajaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari atau perdarahan haid berlangsung selama lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagi merujuk doktor pakar sakit puan di hospital, anda perlu memeriksakan diri ke klinik terlebih dahulu dan kemudian mendapatkan surat rujukan untuk ke doktor pakar.
Mengenai rujukan dan konsultasi doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.