Sulit
6 tahun
Period yang tidak teratur tetapi mengalami simptom ingin datang period
Saya berumur 20 tahun dan kerap mengalami period yg tidak teratur. Perkara ini kembali berulang sama seperti ketika saya berumur 18 tahun. Ketika itu, period saya tidak datang selama 6 bulan. Namun, ia kembali pulih seperti biasa. Tetapi, baru-baru ini, period saya tak datang selama 3 bulan dah. Boleh ke saya mengambil pil perancang untuk betulkan hormon saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur.Antaranya ialah:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


























