
Sulit
4 tahun
Period yg terlalu byk
Saya wanita berusia 37 tahun… Mepunyai 3 org anak dan anak yg bongsu baru berusia 9 bulan…breast feeding… Saya kerap sakit pinggang… Bln ni sy dtg period lebih 7 hari…hari ke 11 berlaku bleeding seolah mcm sy gugur,sdgkn dr hari pertama period darah hanya keluar sedikit shj shhga la skrg makin lama darah makin keluar terlalu byk…adakah normal bg wanita spt saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh alirannya pula di antara 2 hingga 7 hari. Sekiranya terlebih atau kurang, anda perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Saranan kami adalah anda perlu merekod kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
- Pening kepala
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.