Sulit
4 tahun
Period yg terlalu lama dan masih terasa sakit di bahagian perut
hi doc,
sy berusia 25 tahun. start seminggu dari bulan puasa sampai sekarang period sy masih tak berhenti. sy dah jumpa doc dan dah diberikan ubat hormon. tapi still sama sbb period still xberhenti. dan sampai sekarang masih rasa sakit mcm first day period. ini first time terjadi pada sy. apa yang sy patut buat ya doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab terjadinya masalah haid yang berpanjangan, antaranya ialah:
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
- Senggugut yang keterlaluan
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk penerangan lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

































