Sulit
5 tahun
Perlu buat saringan ke?
Saya wanita 35 tahun, bujang, mula mengalami sakit kepala sejak 3hari lalu, semalam mula demam panas 37.2, takut sejuk, hari ini mula sakit tekak. Hingusan hidung ada ketulan darah, adakah ini simptom COVID 19? Perlu buat saringan ke? walaupun saya telah minum banyak air suam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Hidung berdarah boleh disebabkan oleh:
- Cuaca panas/sejuk
- Kecedaraan hidung
- Masalah pembekuan darah
- Pengambilan ubat seperti aspirin
- Resdung (“Sinusitis”)
Untuk makluman anda, tiada kajian yang menunjukkan bahawa air suam boleh membunuh COVID-19. Anda hanya boleh mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan COVID-19. Walaubagaimanapun, tindakan anda untuk minum air suam adalah bagus untuk kesihatan secara amnya.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatannya berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini dia akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Ujian COVID-19 diutamakan untuk mereka yang berisiko tinggi sahaja dan dilakukan secara percuma di hospital MOH. Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19) sekiranya ayah anda termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































