
Anonymous
2 tahun
Perlu guna feminine wash atau tidak?
saya ingin bertanya kerana saya agak was was adakah selamat untuk menggunakan femine wash bagi wanita ataupun tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, faraj kami mempunyai fungsi untuk membersihkan diri sendiri secara fisiologi untuk mengelakkan bahan luar dan jangkitan bakteria/fungus/viral. Sekiranya anda tiada masalah kesihatan berkaitan dengan kawasan kemaluan, anda boleh mengurangkan penggunaan bahan kimia untuk mengelakkan jangkitan bakteria/fungal/viral yang disebabkan keseimbangan bakteria baik dalam faraj.
Untuk pengetahuan anda. feminine wash di pasaran hari ini kebiasaannya sudah dipastikan selamat untuk penggunaan. Sekiranya anda disarankan untuk menggunakan oleh doktor anda disebabkan punca-punca yang tertentu, anda adalah disarankan untuk mengambil jenama yang disarankan oleh doktor untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan anda.
Untuk konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, anda disarankan untuk klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.