Sulit
5 tahun
Perlu ke saya buat saringan covid di kk?
hi dr. saya wanita beerumur 26tahun. saya bekerja di pasaraya. sejak 28.3.2020 saya mengalami sakit tekak yang susah nak telan. pada 29.3.2020 suhu badan meningkat dan rasa sesak nafas. perlu ke saya buat saringat di kk? tq dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami iaitu sesak nafas, sakit tekak dan demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Post-sinus drip
- Pneumonia
- Anemia - kurang darah merah
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat sekiranya sesak nafas yang dihadapi adalah berat. Malah, tidak dapat menolak kemungkinan bahawa anda mungkin mempunyai masalah anxiety.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Anda harus ke hospital untuk menjalani ujian COVID-19 sekiranya anda berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































