
fatraz89
4 tahun
Perlu kuarantin dan swab test? Atau hanya kontak kasual?
Hi dr. Pada sabtu ahad lepas saya telah pergi ke rumah mak ayah dan pulang semula ke rumah sendiri pada isnin lepas. Saya baru dimaklumkan bahawa adik saya yg tinggal bersama mak ayah adalah positif covid tanpa gejala. Adakah saya perlu kuarantin dan menjalani ujian swab test atau saya dikira sebagai kontak kasual? Utk makluman, saya tidak berjumpa dengan adik saya semasa dirumah mak ayah sabtu ahad lepas dan kini saya tiada sebarang gejala. Saya juga telah mendapat dos pertama vaksin corona. Tk.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk makluman anda, individu kontak kasual adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
Anda digalakkan untuk kuarantin dan melakukan ujian saringan walaupun anda telah mendapat dos pertama vaksin.
Sebagai makluman awal, gejala/simptom yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini