
Sulit
4 tahun
Perlu makan ubat darah tinggi
Doktor,saya periksa setiap hari tekanan darah dirumah saya adalah normal.perlu lagi saya ambil ubat darah tinggi?saya periksa tekanan darah sebelum makan ubat darah tinggi.next appoiment saya dengan KKM bulan 8.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, walaupun tekanan darah anda telah menjadi normal, ia disebabkan keberkesanan ubat tersebut. Anda tidak boleh berhenti tanpa mendapatkan saranan doktor anda. Namun, jika anda alami gejala tekanan darah rendah pula akibat pengambilan ubat tersebut, ini bermakna, ubat tersebut telah menurunkan tekanan darah anda secara berlebihan. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika ia berlaku.
Pantau gejala seperti:
- pening
- loya
- pitam
- kesukaran bernafas
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.