
Sulit
4 tahun
Perlukah ambil pil postinor 2 lebih dari 1 kali dalam 1 kitaran haid
Hi doc,saya ada pertanyaan…soalan saya,jika selepas bersama suami saya terus ambil pil postinor 2…selang beberapa hari saya bersama suami lagi perlukah saya ambil pil postinor untuk kotak yang kedua?atau sudah cukup untuk hari yang sebelum tu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan mengandungi hormon norethisterone yang tinggi dan tidak digalakkan untuk digunakan secara rutin. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya buat kali kedua kerana ia menyebabkan peningkatan dan ketidakstabilan hormon di dalam badan anda dan boleh menyebabkan anda mengalami kesan sampingan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Kami sarankan anda menasihati suami anda untuk menggunakan kondom sekiranya ingin bersama jika anda ingin merancang keluarga. Anda juga digalakkan untuk mengambil pil perancang keluarga pada setiap hari dan pil perancang keluarga juga mempunyai keberkesanan yang tinggi untuk mengurangkan risiko kehamilan.
Selain daripada itu, anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda untuk memastikan bilakah hari subur anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.